Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden Jemaah Ulama Ahlusunnah Iraq, Syeikh Dr. Khalid Abdul Wahhab Al-Mula mengkritik pesanan raja Saudi kepada pemimpin-peminpin negara Islam tentang cadangan penubuhan pusat dialog antara mazhab-mazhab Islam di Riyadh.

Beliau berkata, "Arab Saudi tidak mempunyai sebarang kemampuan untuk memimpin dunia Islam dan dakwaan ini hendaklah dikaji semula, hendaklah ia memberikan perhatian yang lebih terhadap 'pendekatan' dari Iran dan al-Azhar."

Presiden Jemaah Ulama Ahlusunnah Iraq ini menjelaskan, "Kita hendaklah memandang positif terhadap dialog antara Agama di Saudi, namun sebelum menyediakan cadangan seperti ini Arab Saudi hendaklah mengkaji semula tentang masalah seperti bahaya pelampau Wahabi yang diserapkan oleh madrasah-madrasah Arab Saudi ke dalam masyarakat bersama keekstrimannya."

Tambahan beliau lagi, "Sekiranya Arab Saudi jujur dengan dakwaannya mengenai dialog antara mazhab Islam, maka ia hendaklah menghentikan sokongan terhadap semua saluran satelit yang mengkafirkan seluruh umat Islam dan seruan pembunuhan pengikut mazhab Islam yang lain."

Ulama Sunni Iraq ini memuji langkah perpaduan yang dianjurkan Iran dengan mengatakan, "Sebaik sahaja Republik Islam Iran berbicara tentang perpaduan, ia menunjukkan banyak komitmen terhadap dakwaannya dan kami semua menyaksikan bagaimana negara ini membela gerakan Sunni Hamas."

Iran tidak bersikap diskriminasi terhadap Sunni dan tegas membela saudara seislamnya tanpa mengira mazhab samada di Myanmar mahupun Chechnya.

Mulla menambah, "Saya tidak berniat membela Iran, tetapi tidak mungkin saya tidak menuturkan hakikat kebenaran, Iran sudah berpuluh-puluh kali mengirim surat undangan kepada ulama Islam untuk datang ke Tehran, dan para ulama ini juga turut menyertai persidangan kebangkitan dan perpaduan Islam yang menunjukkan keterbukaan Iran. Umat Islam wajib menerima keterbukaan Iran."

Raja Saudi Malik Abdullah dalam persidangan tergempar OIC di Makkah beberapa hari lalu menyeru penubuhan sebuah mazkaz dialog antara mazhab Islam yang berpusat di Riyadh.